Khamis, 7 April 2016

TEMA: KAWAN SAYA






CikguEna Preschooler Teacher

TIPS UNTUK MURID YANG BERMASALAH


Saya copy dari fb group Cikgu Noranin Sumber : wassup dr kawan .. yg juga cgu prasekolah.. Tips untuk murid bermasalah Tips ini dikongsi bersama oleh Pn. Zarina Madzhar (Fasi LINUS) untuk murid yang menghadapi masalah:


1) Lambat menulis: Penyelesaian- Dapatkan tilam/ sesuatu yang lembut dan suruh murid lompat bintang di atas tilam tersebut (sekolah selalunya ada tilam untuk Pendidikan jasmani; boleh digunakan) Sebab: Bila tangan dihayunkan, ia menggerakkan otot-otot tangan.

 2) Murid Pelat: Penyelesaian: Suruh murid bergayut ( contohnya di monkey bar) sambil itu murid menyebut perkataan yang sukar disebut.
Sebab: Tekanan pada badan memaksa murid untuk mengeluarkan/menyebut perkataan yang disuruh dengan betul.

 3) Murid lambat bercakap. Penyelesaian: Minta murid melakukan aktiviti turun naik tangga.
Sebab: eerr.. terlupa pula sebabnya..heh.

4) Murid yang mempunyai tulisan buruk: Penyelesaian: Beri murid pensil yang berbentuk segitiga. Sebab: Mudah digenggam/grip oleh murid.

 5) Murid hiperaktif Penyelesaian: Cari berus yang lembut, gosok pada badan murid tersebut. Sebab: Murid hiperaktif mempunyai deria sentuh yang kurang.. bila disentuh dengan berus lembut, ia akan menenangkan murid tersebut.
CikguEna Preschooler Teacher